ELITE




Masihkah anda mengingati kesemua wanita ini yang pernah memberikan evolusi kepada industri muzik Malaysia sekitar era 90-an dahulu??? Abby, Azza, Linda, Sasha dan Watie pernah bergabung membentuk satu Dance Group wanita yang dinamai ELITE di bawah didikan KRU. Tampil dengan album pertama iaitu 'Catwalk' yang popular dengan lagu GIG dan Manisnya Senyumanmu mencipta satu evolusi dan menjadi kumpulan vokal wanita yang popular setelah ketiadaan kumpulan Feminin. Disusuli dengan album 'Tamparan Wanita', 'Idola' dan 'Merbahaya', kumpulan ini merupakan satu fenomena pada diri saya ketika itu. 5 gadis cantik akhirnya terkubur impian dengan pengunduran Abby pada awal tahun 2000. Di sinilah, bermula pertukaran ahli dalam Elite dengan penyertaan nama seperti Fiza dan Hana. Namun apa yang pasti, saya lebih menggemari Elite yang asal.



Foto-foto lama ini merupakan kenangan bersama kumpulan ini. Kini, masing-masing telah membawa haluan sendiri dalam industri ini. Malah, kumpulan ini pernah dikatakan terkena badi lagu 'Trauma' yang merupakan popular suatu ketika dahulu. Benar atau tidak, kita tidak mampu menentukannya. Harapan saya agar kumpulan ini bisa membuat 'comeback' kerana saya berkeinginan untuk melihat Elite seperti Elite 12 tahun yang lepas....
-POSTED on 29 Nov 08-

4 Ur Opinion...:

LovelyEyna said...

ala-ala spice girls lah... lak kmk polah entry on spice girls, o, kak medina... hahaha ;p

ash_mirza said...

dipersilakan....kan tyme ya spice gurls glam kat cnun.....elite kat msia....kmk kan ABBY n GERI...hehe

LovelyEyna said...

hahahahahaha... duhal... hahahaha... cukuplah kmk jadi victoria beckham, hehe... ;p

ash_mirza said...

jd victoria laaaa.....haha