APABILA disebut tentang penyanyi nombor satu negara ini, pasti akan terbayangkan kehebatannya melagukan apa jua jenis jalur muzik yang diberikan kepadanya. Dari muzik pop hinggalah ke tradisional, biduanita muda negara, Datuk Siti Nurhaliza tidak pernah mengecewakan peminatnya dengan suara emas yang dikurniakan kepadanya itu
Setelah hampir enam tahun tidak menerbitkan album berentak etnik dan tradisional, kini Siti sudah bersedia untuk menggegarkan industri hiburan tanah air dengan album kontemporari tradisionalnya yang terbaru berjudul Lentera Timur.
Lentera Timur merupakan album studio ke-13 dan album etniknya yang keempat selepas Cindai (1997), Sahmura (2000) dan Sanggar Mustika (2002). Malah, Siti juga pernah melahirkan album tradisional secara duet bersama Noraniza Idris yang berjudul Seri Balas pada tahun 1999.
Mengubat kerinduan
Apa yang pasti, Lentera Timur bisa mengubat kerinduan peminat setia Siti yang sudah lama menantikan album tradisional terbaru dari penyanyi tersohor ini.Pastinya, single pertama berjudul Di Taman Teman yang dicipta oleh Fauzi Marzuki dan lirik nukilan Hairul Anuar Harun sudah pun berkumandang di corong radio dan mendapat maklum balas yang cukup menggalakkan.

Menyingkap sejarah, sebelum kelahiran album Lentera Timur, Siti berdepan dengan situasi yang cukup menyulitkan apabila dia pernah memberitahu bahawa untuk mencari lagu-lagu berentak etnik sememangnya sukar di kala industri muzik kini semakin suram.
Menyedari Siti masih lagi kuat jiwanya untuk terus memperjuangkan irama warisan nenek moyang kita, Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Malaysia (MACP) telah menganjurkan Bengkel Cipta Ekspres - Berirama Malaysia Bersama Siti Nurhaliza pada pertengahan tahun lalu di Port Dickson, Negeri Sembilan
Hasilnya, 13 lagu dapat dikumpul dalam masa tiga hari dan sembilan lagu hasil ciptaan komposer ternama negara menerusi bengkel berkenaan telah dimuatkan dalam album Lentera Timur.
Antara komposer yang telah mewarnai album Lentera Timur dengan hasil idea kreatif mereka adalah Johari Teh untuk lagu Di Kayangan Kita, Khairil Johari Johar (Bulan Yang Mesra dan Rasa Antara Kita) dan Johan Nawawi (Bintang Malam).

Selain itu, album ini juga memuatkan lagu Ada Masa Mata ciptaan M. Nasir selain Seloka Budi (Adnan Abu Hassan), Senyum Minang Manis (Zul Mahat) dan Joget Menanti Kasih (S.Atan).
Bukan itu sahaja, Lentera Timur juga menyaksikan kembalinya komposer tersohor yang cukup sinonim dengan kejayaan Siti menerusi lagu-lagu etnik iaitu Datuk Suhaimi Mohd. Zain atau Pak Ngah yang menyumbangkan lagu berjudul Jelmakanlah Ayumu

Malah, Siti juga menyelitkan lagu ciptaan komposer seberang, Katon Bagaskara berjudul Cinta Ini yang memberikan satu nafas baru apabila muzik tradisional dan moden digabungkan dan mendapat sentuhan oleh Aubrey Suwito sebagai penerbit untuk lagu tersebut.
Demi kepuasan untuk peminat tersayang yang tidak pernah putus memberi sokongan kepada Siti selama 13 tahun menjadi artis, Siti turut menampilkan elemen strings dalam kesemua 11 lagu dalam album ini di bawah pimpinan Eddie Marzuki.
Sudah pasti, suntikan baru yang diperkenalkan Siti menerusi album ini akan memberi satu nafas baru yang lebih segar dalam muzik tradisional yang mampu menarik perhatian peminat serta pendengar dan pecinta muzik khususnya.
Lentera Timur yang diterbitkan oleh Siti Nurhaliza Productions Sdn. Bhd. dan diedarkan oleh Suria Records Sdn. Bhd. ini sudah pun berada di pasaran sejak 26 Disember lalu. Untuk itu, dapatkan segera album hebat dan unik ini kerana anda pasti akan mendapat kepuasan menerusi keindahan muzik warisan tradisi kita yang semakin jauh ditinggalkan. (sumber: Utusan Msia)
- Shery udah berhasil ketemu sama album ini di kedai tadi setelah puas mencari.. Belum abis lagi mendengar semua lagu.. Kini masih di trek ke-10.. Apapun, album ini best banget.. Nanti Shery bisa komen suma lagu ya bila udah puas dengarin semua nya.. Enjoy!!
-Posted on 2 Jan 09-
0 Ur Opinion...:
Post a Comment