AIM 16!!!

TAHNIAH buat Dato' Siti Nurhaliza kerana telah berjaya memenangi 4 anugerah di majlis Anugerah Industri Muzik 16 sebentar tadi... Beliau telah berjaya memenangi anugerah utama iaitu ALBUM TERBAIK menerusi album Lantera Timur yang turut mengungguli kategori ALBUM POP ETNIK TERBAIK... Lantera Timur menewaskan calon lain seperti HUJAN, RABBANI, MISHA OMAR dan (ada satu lagi album tapi lupa la)... Dato Siti juga meneruskan kecemerlangan untuk kali kesepuluh memenangi kategori PERSEMBAHAN VOKAL WANITA TERBAIK menerusi lagu Di Taman Teman... SUSUNAN MUZIK TERBAIK turut diraih oleh lagu PADA CINTANYA (OST SPA Q 2)... Beliau yang tidak hadir kerana berada di tanah suci sempat merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaannya buat Akademi... Kejayaan memenangi album terbaik pada AIM16 ini merupakan kali kelima beliau menerima penghargaan sebegitu rupa setelah album Adiwarna, Seri Balas, EMAS dan Transkripsi mencatatkan kejayaan yang serupa...
TAHNIAH DIUCAPKAN!!!!
-Posted on 2 May 09-

1 Ur Opinion...:

LovelyEyna said...

terer kakak sheri, hehe... ;)